Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot(sumber dari Harakahdaily)
Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.
Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.
Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.
Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.
Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.
Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.
Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.
Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.
Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.
Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu. _
Saturday, September 26, 2009
Monday, September 21, 2009
Salam idil Fitri
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat seluruh ummat Islam di mana sahaja anda berada..Semoga kita mendapat Kerahmatan dan Keberkatan daripada Allah s.w.t di bulan yang mulia ini.Bagi pihak Briged Titiwangsa kami memohon jutaan keampunan diatas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan sepanjang penubuhan kami ini.Selamat bergembira di Aidil Fitri..
Monday, June 15, 2009
Senarai Penuh Jawatankuasa Kerja PAS PUSAT sessi 2009-2011
Presiden : YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tim. : YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Naib : Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
: YB Salahuddin Ayub
: YB Dato' Mahfuz Omar
Setiusaha Agung : Dato' Mustafa Ali
Bendahari : YB Dr. Mohd Hatta Ramli
Ketua Penerangan : Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa: YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
: YB Dato' Kamarudin Jaffar
: YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak
: YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali
: Ustaz Abdul Ghani Samsudin
: Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
: Mohamed Hanipa Maidin
: YB Ir Amiruddin Hamzah
: YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali
: Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman
: YB Dr. Dzulkefly Ahmad
: YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
: YB Ustaz Hashim Jasin
: Mazlan Aliman
: YB Ustaz Taib Azamudden Md Taib
: YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
: YB Datuk Husam Musa
: Mohamad Sabu
: Mohd Anuar Tahir
: YB Mohd Taufik Abdul Ghani
: YB Dr. Mariah Mahamud
: YB Wan Ubaidah Wan Omar
: Asmuni Awi
: Ahmad Dollah
Pesuruhjaya Negeri :
Hashim Jasin - Perlis
Dato' Seri Azizan Abdul Razak - Kedah
Saleh Man - Pulau Pinang
Abu Bakar Husin - Perak
Dato' Nik Aziz Nik Mat - Kelantan
Dato' Harun Taib - Terengganu
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Pahang
Dato' Dr Hassan Ali - Selangor
Mohd Noor Mohamad - Wilayah Persekutuan
Zulkifli Mohd Omar - Negeri Sembilan
Abdul Ghani Abdul Rahman - Melaka
Dato' Dr. Mahfodz Mohamad - Johor
Mohamad Abdullah - Sabah
Osman Moras - Sarawak
Tim. : YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Naib : Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
: YB Salahuddin Ayub
: YB Dato' Mahfuz Omar
Setiusaha Agung : Dato' Mustafa Ali
Bendahari : YB Dr. Mohd Hatta Ramli
Ketua Penerangan : Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa: YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
: YB Dato' Kamarudin Jaffar
: YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak
: YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali
: Ustaz Abdul Ghani Samsudin
: Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
: Mohamed Hanipa Maidin
: YB Ir Amiruddin Hamzah
: YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali
: Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman
: YB Dr. Dzulkefly Ahmad
: YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
: YB Ustaz Hashim Jasin
: Mazlan Aliman
: YB Ustaz Taib Azamudden Md Taib
: YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
: YB Datuk Husam Musa
: Mohamad Sabu
: Mohd Anuar Tahir
: YB Mohd Taufik Abdul Ghani
: YB Dr. Mariah Mahamud
: YB Wan Ubaidah Wan Omar
: Asmuni Awi
: Ahmad Dollah
Pesuruhjaya Negeri :
Hashim Jasin - Perlis
Dato' Seri Azizan Abdul Razak - Kedah
Saleh Man - Pulau Pinang
Abu Bakar Husin - Perak
Dato' Nik Aziz Nik Mat - Kelantan
Dato' Harun Taib - Terengganu
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Pahang
Dato' Dr Hassan Ali - Selangor
Mohd Noor Mohamad - Wilayah Persekutuan
Zulkifli Mohd Omar - Negeri Sembilan
Abdul Ghani Abdul Rahman - Melaka
Dato' Dr. Mahfodz Mohamad - Johor
Mohamad Abdullah - Sabah
Osman Moras - Sarawak
TAHNIAH
Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB Dr' Lo'Lo Bt Dato' Haji Mohamad Ghazali -Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Penasihat Briged Titiwangsa diatas kemenangan dalam pemilihan jawatankuasa kerja PAS PUSAT sesi 2009-2011..Semoga dengan amanah yang diberikan dapatlah dipikul dengan sebaiknya..Kami,Briged Titiwangsa akan sedaya upaya membantu YB dalam apa jua yang dirancangkan..TAHNIAH
Saturday, June 6, 2009
Senarai Penuh Jawatankuasa PAS Pusat Sessi 2009-2011
Salam Hormat buat semua pengunjung...Berikut disenaraikan senarai penuh j/kuasa PAS Pusat yang telah diumumkan pada jam 10 pagi tadi.
Presiden
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang(menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden PAS
Ustaz Nasharudin Mat Isa, (480)
Naib Presiden
1)Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Dato' Mahfuz Omar, (636)
Ahli Jawatankuasa Kerja
1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)
Presiden
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang(menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden PAS
Ustaz Nasharudin Mat Isa, (480)
Naib Presiden
1)Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Dato' Mahfuz Omar, (636)
Ahli Jawatankuasa Kerja
1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)
Wednesday, June 3, 2009
Kerosakan Yang Mencurigakan









Salam Persahabatan kepada semua pengunjung..
Pada 2 Jun yang lalu,kita semua digemparkan dengan kejadian runtuhan hampir 60% bumbung Stadium Sultan Mizan Kuala Terenganu..Stadium yang baru berusia setahun sebulan yang menelan belanja hampir RM 300 Juta..ikuti kenyataan media yang di buat oleh pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu(MAMPAT)..
Inilah sebab utamanya..... Raksasa tu dapat info bahawa Ultraman dok dalam stadium tu... tp rupa2nya x ada pun.... silap info la.... akibatnya stadium tu yg runtuh
Kenyataan Akhbar Mampat Berkenaan Stadium Runtuh
Kenyataan Media
03 Jun 2009 / Rabu
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa sangat terkejut dan sedih terhadap kejadian yagn berlaku kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun 2009. Kejadian Stadium runtuh merupakan satu bencana diatas ketidak telusan pengurusan sehinggakan stadium yang dibina runtuh hanya selepas setahun ianya dirasmikan.
MAMPAT ingin melahirkan keraguan yang sangat tinggi, bagaimana sebuah stadium yang dibina dengan kos yang melebihi RM 250 juta dan dikatakan antara yang tercanggih, boleh runtuh hanya selepas setahun sebulan ianya dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan. Adalah memeranjatkan dan memalukan bagimana binaan yang menelan belanja sedemikian rupa boleh runtuh dan rosak sehingga melebihi 60% struktur banggunan.
Persoalan yang wujud terlalu banyak. Orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah sebuah stadium yang dirasmikan oleh DYMM boleh runtuh. Apakah kualiti CF yang dikeluarkan oleh JKR ??? Adalah JKR mengeluarkan CF ’cap ayam’. Siapakah yang menandatangani pengeluaran CF ini ?.
Rakyat menjadi sesal dan kesal dengan kejadian tersebut kerana pembinaannya adalah menggunakan ”hasil Royalti” yang ”DIROMPAK” oleh Kerajaan Persekutuan daripada Rakyat Terengganu. Daripada rungutan dan aduan rakyat Terengganu kepada MAMPAT, pelbagai maklumat diberikan kepada kami. Antaranya, mereka menyatakan terdapatnya campurtangan orang-orang politik dan peranan mereka dalam menentukan kemasukan kontraktor ke 3 yang dikatakan ada masalah ’bklacklist’ dan pembekal juga dikaitkan dengan orang yang sama yang menentukan kemasukan kontraktor ke 3 tadi.
MAMPAT juga difahamkan bahawa terdapat tuntutan V.O sebanyak RM 30 juta sebelum Pilihanraya Mac 2008 yang lalu. Alasan tuntutan yang digunakan adalah untuk kerja-kerja baik pulih kerja-kerja ’ringan’. Namun MAMPAT tidak tahu kenapa dan bagaimana kelulusan ’ mee segera’ boleh dilakukan dan kemanakah duit-duit dibelanjakan kerana tak nampak apakah yang dimaksudkan dengan ’kerja-kerja’ ringan tersebut.
MAMPAT merasa sangat terkilan kerana MAMPAT difahamkan bahawa pihak JKR telah sedia maklum bahawa terdapat kerosakan pada struktur banggunan stadium terutama pada atap sebanyak 1 %. MAMPAT difahamkan ianya pernah dikeluarkan didalam blog-blog pada tahun lepas. MAMPAT juga telah mengeluarkan gambar-gambar tersebut di dalam blog kami di www.mampat.blogspot.com . Ketidakcaknaan ini telah menyebabkan berlakunya ’celaka’ ini.
MAMPAT yakin pasti terdapatnya unsur-unsur penyelewengan di dalam pembinaan Stadium ini. Oleh itu, MAMPAT menyeru kepada Pihak SPRM untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang secepatnya sepertimana tindakan pantas yang dilakukan terhadap keruntuhan pasaraya di Selangor baru-baru ini. MAMPAT tidak mahu kertas siasatan di ”senyapkan” begitu sahaja sebagaimana kertas siasatan SPRM terhadap kehilangan Royalti yang dilakukan MAMPAT sebelum ini. Begitu juga siasatan kes banner ” Kami nak Deris, Natang”, yang sehingga sekarang rakyat tertunggu-tunggu keputusannya.
MAMPAT juga mendesak agar ditubuhkan ’ satu badan bebas ’ bagi menyiasat kes ini. Ini disebabkan MAMPAT yakin dengan penglibatan orang-orang politik, kes ini akan ” disenyap dan didiamkan ” sahaja. Untuk itu, MAMPAT merafak sembah kepada DYMM Tuanku untuk melihat kes ini secara mendalam.
Ampun Tuanku,
MAMPAT merafak sembah memohon Tuanku untuk mengarahkan supaya penubuhan badan ini, demi ” Hak dan Maruah Rakyat Terengganu”.
Terengganu Kita, Hak Kita Bersama
Kembalikan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu
wassalam
Mohamad Fauzi bin Abu Samah
Pengerusi
Wednesday, May 20, 2009
Kebanggaan Kami...bangga..bangga..
Salam Sejahtera semua pembaca..
Inilah dia Storm yang banyak membantu gerakerja kami..
Tuesday, May 19, 2009
Karnival Sukan Rakyat
Karnival Sukan Rakyat diadakan pada 16 Mei baru-baru ini..Karnival ini diadakan di Markaz PAS Kawasan Titiwangsa,Darul Ummah,Kg Pandan..Karnival diadakan bersempena sambutan 35 tahun PAS Wilayah..Banyak aktiviti2 menarik diadakan..antaranya sepak raga bulat, carrom, dart, congkak dan bermacam2 lagi permainan tradisional..
Pusingan pemanas badan..walaupun matahari dah terpacak...semua menanti 'kehadiran' bola denga penuh debaran..Hj Man dan Abg Din tak pakai vest..denda..

gambar diatas-pengerusi briged iaitu saudara Zamri dan hafiedz..2 pemain yang menyebabkan Briged sekadar mendapat tempat ke 3..kaki keras,camana nk timbang bola..
Zul dan Hj Man adalah penyumbang mata terbanyak untuk skuad sepak raga bulat briged..tanpa mereka, tak merasa lah hamper..ni duk plan strategi mana nak pakai...last skali pilih plan B..plan B tu ialah, mereka berdua timbang sebanyak yang boleh tanpa mengharapkan pemain lain..
En. Abu (wakil zon pandan) begitu bersemangat melakukan lontaran..terbayang wajah siapalah agaknya di papan dart tu..
gambar diatas-pengerusi briged iaitu saudara Zamri dan hafiedz..2 pemain yang menyebabkan Briged sekadar mendapat tempat ke 3..kaki keras,camana nk timbang bola..
Majlis Hi-Tea Bersama DS Nizar Jamaluddin
Salam hormat buat semua pengunjung..Majlis Hi-Tea bersama Dato' Seri Nizar diadakan pada 18 April baru2 ni bertempat di KL International Hotel.. Majlis bermula jam 3 petang..Majlis ini adalah anjuran Briged dan pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa..
mengamimkan doa..kelihatan di pentas..(dr kiri-zamri,ustaz yusof,DS Nizar,Ust Md Ali & Yb Dr...
Inilah Pengerusi Briged Titiwangsa..Ahmad Zamri..bukan Zambry perak ye..Pengerusi briged ni kalau dah dapat mikrofon memang susah nk berhenti..Sebab tu dia pilih profesion sbg peguam..kira hensem jgk la pengerusi briged ni..
antara tetamu yang hadir..kelihatan berdiri di belakang..komanden Asri,Yusof (bendahari) , Hj Man, Hj Omar, kamal, nasharuddin, Hj murad(YPT) dan hafiedz..
Ini lah sebahagian ahli Briged Titiwangsa yang hadir..bergambar kenangan bersama dengan DS Nizar dan Yb Dr Lo'Lo..
mengamimkan doa..kelihatan di pentas..(dr kiri-zamri,ustaz yusof,DS Nizar,Ust Md Ali & Yb Dr...
Inilah Pengerusi Briged Titiwangsa..Ahmad Zamri..bukan Zambry perak ye..Pengerusi briged ni kalau dah dapat mikrofon memang susah nk berhenti..Sebab tu dia pilih profesion sbg peguam..kira hensem jgk la pengerusi briged ni..
antara tetamu yang hadir..kelihatan berdiri di belakang..komanden Asri,Yusof (bendahari) , Hj Man, Hj Omar, kamal, nasharuddin, Hj murad(YPT) dan hafiedz..
Friday, April 24, 2009
KARNIVAL KESIHATAN KELUARGA 2009
Monday, April 20, 2009
Briged dari lensa pemerhati....
Kehadiran Briged Titiwangsa di pilihanraya kecil Bukit Gantang juga mendapat perhatian jurugambar-jurugambar dan pemerhati lain.... di antaranya lensa minaq-jinggo.fotopages.com yang menangkap curi pergerakan Briged di Bukit Gantang.... Dasat gile Briged nih....
Minaq-jinggo mengatakan beliau melihat dua buah motorsikal serupa dari Briged Titiwangsa yang ke hulu ke hilir seperti mengawal lalulintas di kawasan terbabait...... aha..... Syabas Bikers.... abang-abang haji tu...bukan mat rempit.....
Abang Bikers lagi yang cukup digeruni bunyi deruman enjinnya...... Dato' Seri Nizar pun jeles sesangat dengan diorang nih..... alhamdulillah....syabas.....
Briged Di Bukit Gantang
Briged Titiwangsa bersama Penaungnya YB Dr. Lo'lo' sekali lagi turun bersama-sama jentera parti untuk membantu kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. Ini adalah kehadiran kedua Briged Titiwangsa di dalam pilihanraya kecil dalam masa 4 bulan penubuhan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada Januari lepas.
Kelihatan anggota-anggota Briged sedang melayani penduduk-penduduk Bukit Gantang dalam salah satu program yang dijalankan.
YB Dr. bersama Komanden Asri dan anggota Bikers Briged yang mengiringi calon sepanjang kempen prk Bukit Gantang. Syabas dan tahniah........
Wednesday, February 4, 2009
Briged Di Kuala Terengganu
Friday, January 30, 2009
Lawatan Ke Flat Sri Terengganu
Pada 02/01/2009 YB. Dr. telah mengadakan lawatan bersama YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ke Flat Sri Terengganu. Flat Sri Terengganu adalah penempatan sementara penduduk Flat Pekeliling yang dipindahkan bagi membangunkan semula kawasan Flat Pekeliling tersebut. Lawatan disertai Timbalan Pengarah DBKL, pegawai-pegawai DBKL dan pegawai PKWR. Beberapa ahli Briged juga turut mengiringi YB Dr. dalam lawatan ini.
YB. Dr. bersama Datuk Saravanan mendengar penerangan salah seorang wakil penduduk, Encik Richard.
Khusu'nya mendengar rintihan wakil penduduk.
Salah seorang pegawai DBKL memberi penerangan kepada YB. Dr. mengenai masalah di Flat Sri Terengganu.
YB. Dr. bersama salah seorang penduduk Sri Terengganu sambil diperhatikan Saudara Zamri (Pengerusi Briged)
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)










