Monday, June 15, 2009

Senarai Penuh Jawatankuasa Kerja PAS PUSAT sessi 2009-2011

Presiden : YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tim. : YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Naib : Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
: YB Salahuddin Ayub
: YB Dato' Mahfuz Omar
Setiusaha Agung : Dato' Mustafa Ali
Bendahari : YB Dr. Mohd Hatta Ramli
Ketua Penerangan : Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa: YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
: YB Dato' Kamarudin Jaffar
: YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak
: YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali
: Ustaz Abdul Ghani Samsudin
: Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
: Mohamed Hanipa Maidin
: YB Ir Amiruddin Hamzah
: YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali
: Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman
: YB Dr. Dzulkefly Ahmad
: YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
: YB Ustaz Hashim Jasin
: Mazlan Aliman
: YB Ustaz Taib Azamudden Md Taib
: YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
: YB Datuk Husam Musa
: Mohamad Sabu
: Mohd Anuar Tahir
: YB Mohd Taufik Abdul Ghani
: YB Dr. Mariah Mahamud
: YB Wan Ubaidah Wan Omar
: Asmuni Awi
: Ahmad Dollah

Pesuruhjaya Negeri :
Hashim Jasin - Perlis
Dato' Seri Azizan Abdul Razak - Kedah
Saleh Man - Pulau Pinang
Abu Bakar Husin - Perak
Dato' Nik Aziz Nik Mat - Kelantan
Dato' Harun Taib - Terengganu
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Pahang
Dato' Dr Hassan Ali - Selangor
Mohd Noor Mohamad - Wilayah Persekutuan
Zulkifli Mohd Omar - Negeri Sembilan
Abdul Ghani Abdul Rahman - Melaka
Dato' Dr. Mahfodz Mohamad - Johor
Mohamad Abdullah - Sabah
Osman Moras - Sarawak

TAHNIAH



Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB Dr' Lo'Lo Bt Dato' Haji Mohamad Ghazali -Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Penasihat Briged Titiwangsa diatas kemenangan dalam pemilihan jawatankuasa kerja PAS PUSAT sesi 2009-2011..Semoga dengan amanah yang diberikan dapatlah dipikul dengan sebaiknya..Kami,Briged Titiwangsa akan sedaya upaya membantu YB dalam apa jua yang dirancangkan..TAHNIAH

Saturday, June 6, 2009

Senarai Penuh Jawatankuasa PAS Pusat Sessi 2009-2011

Salam Hormat buat semua pengunjung...Berikut disenaraikan senarai penuh j/kuasa PAS Pusat yang telah diumumkan pada jam 10 pagi tadi.

Presiden
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang(menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden PAS
Ustaz Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden
1)Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Dato' Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja
1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

Wednesday, June 3, 2009

Kerosakan Yang Mencurigakan










Salam Persahabatan kepada semua pengunjung..
Pada 2 Jun yang lalu,kita semua digemparkan dengan kejadian runtuhan hampir 60% bumbung Stadium Sultan Mizan Kuala Terenganu..Stadium yang baru berusia setahun sebulan yang menelan belanja hampir RM 300 Juta..ikuti kenyataan media yang di buat oleh pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu(MAMPAT)..

Inilah sebab utamanya..... Raksasa tu dapat info bahawa Ultraman dok dalam stadium tu... tp rupa2nya x ada pun.... silap info la.... akibatnya stadium tu yg runtuh

Kenyataan Akhbar Mampat Berkenaan Stadium Runtuh

Kenyataan Media
03 Jun 2009 / Rabu

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa sangat terkejut dan sedih terhadap kejadian yagn berlaku kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun 2009. Kejadian Stadium runtuh merupakan satu bencana diatas ketidak telusan pengurusan sehinggakan stadium yang dibina runtuh hanya selepas setahun ianya dirasmikan.

MAMPAT ingin melahirkan keraguan yang sangat tinggi, bagaimana sebuah stadium yang dibina dengan kos yang melebihi RM 250 juta dan dikatakan antara yang tercanggih, boleh runtuh hanya selepas setahun sebulan ianya dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan. Adalah memeranjatkan dan memalukan bagimana binaan yang menelan belanja sedemikian rupa boleh runtuh dan rosak sehingga melebihi 60% struktur banggunan.

Persoalan yang wujud terlalu banyak. Orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah sebuah stadium yang dirasmikan oleh DYMM boleh runtuh. Apakah kualiti CF yang dikeluarkan oleh JKR ??? Adalah JKR mengeluarkan CF ’cap ayam’. Siapakah yang menandatangani pengeluaran CF ini ?.

Rakyat menjadi sesal dan kesal dengan kejadian tersebut kerana pembinaannya adalah menggunakan ”hasil Royalti” yang ”DIROMPAK” oleh Kerajaan Persekutuan daripada Rakyat Terengganu. Daripada rungutan dan aduan rakyat Terengganu kepada MAMPAT, pelbagai maklumat diberikan kepada kami. Antaranya, mereka menyatakan terdapatnya campurtangan orang-orang politik dan peranan mereka dalam menentukan kemasukan kontraktor ke 3 yang dikatakan ada masalah ’bklacklist’ dan pembekal juga dikaitkan dengan orang yang sama yang menentukan kemasukan kontraktor ke 3 tadi.

MAMPAT juga difahamkan bahawa terdapat tuntutan V.O sebanyak RM 30 juta sebelum Pilihanraya Mac 2008 yang lalu. Alasan tuntutan yang digunakan adalah untuk kerja-kerja baik pulih kerja-kerja ’ringan’. Namun MAMPAT tidak tahu kenapa dan bagaimana kelulusan ’ mee segera’ boleh dilakukan dan kemanakah duit-duit dibelanjakan kerana tak nampak apakah yang dimaksudkan dengan ’kerja-kerja’ ringan tersebut.


MAMPAT merasa sangat terkilan kerana MAMPAT difahamkan bahawa pihak JKR telah sedia maklum bahawa terdapat kerosakan pada struktur banggunan stadium terutama pada atap sebanyak 1 %. MAMPAT difahamkan ianya pernah dikeluarkan didalam blog-blog pada tahun lepas. MAMPAT juga telah mengeluarkan gambar-gambar tersebut di dalam blog kami di www.mampat.blogspot.com . Ketidakcaknaan ini telah menyebabkan berlakunya ’celaka’ ini.

MAMPAT yakin pasti terdapatnya unsur-unsur penyelewengan di dalam pembinaan Stadium ini. Oleh itu, MAMPAT menyeru kepada Pihak SPRM untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang secepatnya sepertimana tindakan pantas yang dilakukan terhadap keruntuhan pasaraya di Selangor baru-baru ini. MAMPAT tidak mahu kertas siasatan di ”senyapkan” begitu sahaja sebagaimana kertas siasatan SPRM terhadap kehilangan Royalti yang dilakukan MAMPAT sebelum ini. Begitu juga siasatan kes banner ” Kami nak Deris, Natang”, yang sehingga sekarang rakyat tertunggu-tunggu keputusannya.

MAMPAT juga mendesak agar ditubuhkan ’ satu badan bebas ’ bagi menyiasat kes ini. Ini disebabkan MAMPAT yakin dengan penglibatan orang-orang politik, kes ini akan ” disenyap dan didiamkan ” sahaja. Untuk itu, MAMPAT merafak sembah kepada DYMM Tuanku untuk melihat kes ini secara mendalam.

Ampun Tuanku,

MAMPAT merafak sembah memohon Tuanku untuk mengarahkan supaya penubuhan badan ini, demi ” Hak dan Maruah Rakyat Terengganu”.

Terengganu Kita, Hak Kita Bersama
Kembalikan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu

wassalam

Mohamad Fauzi bin Abu Samah
Pengerusi